MGG2401

 

Antara Ikan Yang Reput Kepala Dengan Kata Hikmahnya

(MGG: Ah! Some Words of Wisdom From The Rotting of Fish head)

 

 

Insan yang suka menggunakan bidalan yang berbunyi ikan mula mereput di kepalanya, sudah pun menunjukkan kebenaran kenyataan itu setiap kali dia membuka mulutnya.  Apabila masalah daapt diselesaikan dia pun muncul dengan kata-kata hikmahnya yang tidak pun didengar orang.  Inilah yang dilakukan oleh Dr. Ling Liong Sik, presiden MCA yang  tidak boleh diganti-ganti yang terkejut dengan  tindkan rakannya Taan Sri Musa Mohamed yang tunduk kepada rayuan segelintir ibubapa di SRJK  © Damansara. Tan sri Musa telah berkata kalau 1,000 pelajar yang kini berpindah  di SRJKC Puey Chai II di Bandar Utama  tidak dapat memujuk 67 pelajar yang degil menetap di sekolah lama, mereka semuanya bolehlah pulang balik ke Damansara.

 

Mengikut pendapat Ling, ini merupakan satu penapian amalan demokrasi.  “Tidak aada di dunia ini di mana kumpulan majoriti mesti mengikut  kehendak kumpulan minoriti,”   katanya. Kalau and masih tidak faham isu ini Ling  berkata lagi: “Di mana saja, yang 5%  itu mesti ikut yang 95%.”  Tetapi di manakah Ling ketika perkara ini menjadi satu isu yang hangat?  Sebagai seorang yang menggelar dirinya pemimpin masyarakt Cina, Ling dan para  juak dan kroni yang kelihatan  ketika masalah ini mula-mula diketengahkan.  Namun mereka menerima hakikatnya secara bersenyap sahaja, bahawa si majoriti harus berpindah  supaya si minoriti menjadi lebih mewah  dengan mengambil alih tapak sekolah yang sudah pun direncana oleh pihak yang berkuasa.  Apakah ini yang Dr. Ling maksudkan dengan perkataan “kumpulan minoriti mesti mengikut kumpulan majoriti?” Bukankah ini menunjukkan beliau sengaja memutar belitkan kenyataannya? Ataupun apakah beliau fikir adalah tidak bersalahan kalau kumpulan minoriti mengambil kesempatan daripada kumpulan majoriti dalam usaha niaga tetapi bukan dalam usaha politik, sahaja?

 

Lima organisasi  yang pro-kerajaan telah  membuat kenyataan  agar moniri mengamalkan dimokrasi dengan menolak falsafah bahawasanya “golongan minoriti memang selalu didera oleh golongan majoriti.” Ini bermakana adalah salah apabila si minoriti – dalam kisah ini seorang individu – mengancam kerajaan yang ada, seperti yang sedang dilakukannya – daripada  sebuah kamar berjeriji besi di penjara Sungai Buluh? Dia didera, seperti yang ditegaskan oleh kepala besar  (berhidung besar –penterjemah)  yang  reputnya memang sudah lama bersama pemimpin partinya BN, bahawa deraan itu adalah mengikut lunas undang-undang. Tetapi, setiap kali golongan majoriti melaungkan nama seorang insan, siapakah golongan minoriti yang menggigil  sampai ke gigi?  Kalau benar mereka itu contoh terbaik demokrasi, kenapa mesti menggigil sampi ke gusi?

 

Dua tahun yang lalu Presiden Estrada dilantik  oleh majoriti terbesar dalam sejarah  di negaranya. Namun satu golongan minoriti mampu menyingkirnya minggu yang lalu. Apakah itu satu amalan demokrasi juga?   Bagaimana pula kisahnya apabila seorang perdana menteri selalu merepet berhari-hari dengan bertegas bahawa kemenangannya dulu disebabkan pilihan majoriti. Oleh itu kumpulan majoriti tidak berhak mempersoalkannya lagi  sehinggalah muncul pemilu yang  baru?

 

Jikalau kerajaan sanggup memperlekehkan laungan demokrasi dan tidak mempercayai bahawa minoriti  tidak berhak kepada sesuatu kerana mereka sudah dipilih di situ dan berbincang mengenai SRJKC Puey Chai II sebagai menjaga kepentingan golongan majoriti dan bukannya minoriti, kenapakah kerajaan masih menghadapi masalah dengan rakyat marhaen mengenai  sekolah Damansara itu?  Tidak kiralah kalau perkara itu mengenai perpindahan sekolah, penyelamatan para kroni ataupun sebagainya. Kumpulan majoriti masih memberontak.  Kerajaan merasa tertekan apabila pemberontakan itu dilakukan melalui peti undi. Bukankah itu juga  cadangan kerajaan sebagai cara menyelesaikan  apa juga perkara yang rakyat tidak bersetuju dengannya?

 

Presiden MCA tidak memahami amalan berpolitik. Dalam banyak hal, golongan minoriti yang selalunya mendesak golongan majoriti supaya  berubah. Himpunan rakyat marhaen di hujung minggu, episod Dato Seri Anwar Ibahim, tindakan pihak pembangkang menggugat kerajaan adalah contohnya. Berbeza dengan yang kerap disindir oleh Dr. Ling, DAP bukannya sebuah parti musuh. Parti itu wujud untuk menyerlah pendapat yang berbeza.  Kalau MCA tidak mampu menangani sesuatu isu dengan berterus terang, bererti MCA yang akan kehilangan sokongan. Perkara yang sama berlaku apabila kerajaan  kehilangan sokongan rakyat marhaen kerana Anwar Ibrahim.  Kenapakah kerajaan menjadi gugup sehingga tidak sanggup membiarkan sebarang usaha untuk menyewa  kemudahan awam untuk majlis jamuan ataupun persidangan?  Banyak sangat yang akan menjadi perhitungan dalam setiap putar belit kerajaan itu.

 

-MGG Pillai-

 

Terjemahan MT